

Amerika Syarikat (AS) akan menyumbang RM1 juta bagi projek restorasi Tugu Negara, kata Kuasa Usaha Kedutaan AS, David H Gamble Jr.
Beliau berkata, sumbangan kerajaan dan rakyat AS itu merupakan hadiah kepada Malaysia sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan yang ke-70, tahun depan.
Gamble menarik perhatian bahawa terdapat monumen serupa di Washington, D.C., iaitu Iwo Jima Memorial, dan kedua-dua monumen berkenaan direka pengukir sama, sekali gus memperkukuh hubungan sejarah antara kedua-dua negara.
“Memandangkan terdapat persamaan ketara dan bagaimana kedua-dua monumen ini mengikat hubungan negara kita, kami telah merujuk perkara ini beberapa bulan lepas dan berjaya mendapatkan kelulusan menyalurkan RM1 juta kepada Malaysia bagi pihak rakyat Amerika.
“Ini…