Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

As'ad Motawh Dipeluk Peminat, Gimik Atau Real?

today4 March 2019

Background

Penyanyi baru As’ad Motawh semalam telah memuat naik satu video pendek yang menyaksikan seorang wanita bertindak memeluknya secara tiba-tiba dari belakang ketika dia sedang membuat persembahan di atas pentas.
Akibat insiden itu, As’ad hampir terjatuh namun keadaan masih dapat dikawal sejurus dua anggota keselamatan membawa turun peminatnya itu kebawah.
https://www.instagram.com/p/BugYYtWg1Qt/
As’ad bagimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan dapat meneruskan persembahannya selepas wanita itu dibawa turun oleh pengawal.
Namun, As’ad menganggap insiden itu sebagai perkara kecil malah berharap individu tersebut berada dalam keadaan baik selepas ditarik pengawal untuk turun dari pentas.

Saya harap dapat bertemu dia jika diberi peluang dan meminta kerjasama semua peminat agar tidak melakukan sebarang tindakan luar jangkaan di lokasi jelajah saya seterusnya.

 
Bagaimanapun beberapa netizen dan pengikut Instagram penyanyi itu mendakwa wanita itu merupakan ahli keluarga As’ad sendiri yang diupah untuk berbuat demikian.

Namun tidak dipastikan sejauh mana kebenarannya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Senyum itu akan meneruskan persembahan jelajahnya di Mahkota Parade, Melaka pada Ahad sebelum ke Plaza Angsana Johor Bharu (9 Mac), Centre Square Sungai petang (23 Mac), Kuantan Mall, Pahang (30 Mac) dan Centre Poin Kota Kinabalu (6 April).

Written by: Azra Azuar


Previous post