Hot FM

Asal usulnya Kristian, namun RIP kini digunakan umum, kata paderi



Ucapan ‘rest in peace’ kini menjadi kata-kata takziah untuk sesiapa saja tanpa mengira pegangan agama mereka.

PETALING JAYA: Ucapan “rest in peace” memang berasal daripada agama Kristian, namun pada zaman ini ia lebih digunakan secara umum sebagai ungkapan takziah dan hormat untuk orang yang meninggal dunia, kata seorang paderi kanan.

Herman Shastri berkata, asal usul ungkapan itu yang lebih dikenali sebagai “RIP” daripada bahasa Latin, “requiescat in pace” dan digunakan penganut Kristian pada zaman dulu. Bagi masyarakat Kristian juga, ia digunakan sebagai ucapan menandakan penantian hari kebangkitan.

“Dalam masyarakat moden kini, ia digunakan orang ramai sebagai cara menunjukkan hormat dan mengucapkan takziah bagi si mati.

“Apa yang penting adalah orang ramai, tidak kira apapun pegangan agama mereka, melihat ungkapan itu sebagai cara menunjukkan hormat untuk si mati,” katanya kepada FMT, dengan menambah bahawa ucapan itu tidak lagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version