Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Asean, Beijing sepakat elak keganasan di Laut China Selatan

today11 October 2024

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, rakan sejawatnya dari China, Li Qiang, memberi jaminan pertikaian di Laut China Selatan akan diurus secara damai mengikut semangat Unclos 1982. (Gambar Bernama)

VIENTIANE: Asean dan Beijing mencapai kata sepakat untuk mengelakkan keganasan di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, China dan semua negara anggota blok serantau itu turut bersetuju menggunakan jalur diplomatik dan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian di perairan itu semasa Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.

“Saya cadangkan kalau boleh guna jalur Asean misalnya. Tentunya sedikit perkembangan di Filipina itu membimbangkan dan kita telah sampaikan,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir sidang kemuncak itu hari ini.

“Ada jaminan dari Perdana Menteri (China) Li Qiang, hal ini akan diurus secara damai ikut semangat Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Kesedihan ratu pecut Sukma

Kuala Lumpur: Ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2024, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal mengakui berasa kecewa dan sedih apabila dia tidak dapat lagi berlatih di bawah bimbingan jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim.

today11 October 2024