
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Asean menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral, dengan menyatakan langkah sedemikian bercanggah dengan semangat multilateralisme.
Anwar yang sedang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Thailand berkata, beliau berpeluang membincangkan perkara itu dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra, berhubung tarif baharu yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Katanya, mesyuarat menteri perdagangan dan menteri kewangan Asean yang diadakan baru-baru ini sebahagiannya bertujuan sebagai persiapan bagi rundingan berterusan berkaitan tarif unilateral AS itu.
“Kita telah membentuk konsensus Asean. (Kita) menyokong perdagangan bebas dan multilateralisme,” katanya pada sidang media pada akhir lawatan kerjanya ke Thailand hari…