Hot FM

Askar dipecat enggan vaksin gagal peroleh semakan kehakiman



Mahkamah diberitahu Wan Ramli Wan Seman dituduh bawah empat seksyen mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas tentera berpangkat sarjan yang ditamatkan perkhidmatan kerana menolak arahan pengambilan vaksin Covid-19.

Hakim Ahmad Kamal Shahid berkata, tiada kesalahan undang-undang atau tindakan tidak rasional dilakukan pihak tentera ketika menamatkan perkhidmatan Wan Ramli Wan Seman.

“Tiada juga pelanggaran hak asasinya,” kata Kamal dalam penghakiman lisan dibuat secara dalam talian hari ini.

Hakim itu berkata, hak mendapatkan pekerjaan bukan mutlak dan majikan berhak meletakkan sekatan ke atasnya.

“Keputusan terhadap Wan Ramli adalah hasil (tindakan menolak) mematuhi perintah vaksinasi,” katanya sambil menambah perintah dikeluarkan pihak tentera dibuat atas “pertimbangan wajar”.

Wan Ramli yang berkhidmat di Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja, di Rasah,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version