Menerusi laporan, insiden itu berlaku di tengah-tengah operasi oleh Briged Selatan Bahagian Gaza di kawasan sempadan, berhampiran komuniti Nirim.
Ia berlaku apabila sebuah kereta kebal telah melanggar sarang tebuan yang besar, menyebabkan serangga itu menyengat askar-askar berkenaan. 12 orang askar terpaksa menerima rawatan di hospital
Sebelum ini, askar tempur IDF telah menjadi sasaran serangan oleh kumpulan anjing liar di dalam Semenanjung Gaza sejak beberapa hari lalu.
Namun, dilaporkan tiada yang cedera dalam serangan anjing itu.
Israel telah menyerang sebahagian Gaza termasuk Rafah, di mana tentera rejim Zionis memperluaskan perintah pemindahan.
Serangan itu dilakukan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa pencerobohan langsung ke bandar berkenaan berisiko membawa kepada bencana hebat.
Kematian rakyat Palestin sehingga kini telah mencecah lebih 35,000 orang ketika Israel kembali menyerang Gaza kononnya untuk menghapuskan lokasi…