Hot FM

Asrama maahad tahfiz terbakar lagi, kali ini cawangan Sungai Dedap



Kebakaran yang melibatkan tingkat teratas bangunan asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Sungai Dedap, Yan berjaya dipadamkan oleh petugas maahad tahfiz menggunakan alat pemadam api sebelum bomba tiba. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Seramai 240 orang pelajar terselamat selepas asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Sungai Dedap, Yan, Kedah, terbakar petang semalam.

Ini kebakaran kedua membabitkan maahad tahfiz tersebut dalam tempoh 24 jam. Kejadian pertama berlaku di cawangan Kampung Dulang Besar petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang semalam, para pelajar, termasuk 15 yang dipindahkan dari cawangan Kampung Dulang Besar, terselamat kerana berada di blok pengajian lain.

Kebakaran yang melibatkan tingkat teratas bangunan asrama tiga tingkat itu berjaya dipadamkan oleh petugas maahad tahfiz menggunakan alat pemadam api sebelum bomba tiba, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan Fauzi Shuaib.

“Hasil pemantauan mendapati kebakaran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version