AstraZeneca yang tersenarai di London mula beralih ke vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan ubat Covid-19 merosot.
Dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari lalu, ia membuat beberapa pengakuan.
Antaranya, ia menyatakan vaksin Covid-19 boleh menyebabkan TTS atau ‘Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome’ iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.
Pengakuan itu secara langsung boleh membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound, dengan 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).
Syarikat farmaseutikal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.
