
PETALING JAYA: Astro Audio menggantung penyampai radio 3 Pagi Era Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani serta dua lagi kakitangan susulan kontroversi insiden rakaman video mempersenda tarian kavadi Hindu.
Dalam kenyataan, Astro Audio berkata keputusan itu dibuat selepas CEO dan pengurusan tertinggi syarikat itu mengadakan perjumpaan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) awal hari ini.
“Selaras dengan siasatan ini, kami memutuskan untuk menggantung tiga penyampai dan dua lagi kakitangan sebagai tambahan.
“Kami amat menghargai maklum balas, teguran dan nasihat dari pelbagai pihak dan akan sentiasa memastikan kandungan disiarkan mematuhi kesemua garis panduan dan keperluan ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, pengurusan Astro Audio berkata tiga penyampai tersebut direhatkan dan pihaknya…