

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki menyeru mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak terpengaruh dengan agenda kesamarataan yang didakwa boleh menghakis kepentingan agenda pendidikan Bumiputera.
Beliau menyeru mahasiwa mempertahankan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, dalam memastikan keseimbangan pembangunan pendidikan dan ekonomi negara.
“Perkara 153 menyebut mengenai keistimewaan orang Melayu. Dia tak sebut keistimewaan Bumiputera, dalam Perlembagaan tak ada istilah Bumiputera. Dalam Perlembagaan yang ada adalah kedudukan orang Melayu dan anak negeri atau pribumi Sabah dan Sarawak. Ada keistimewaannya dari segi perkhidmatan awam, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
“Disebabkan itu, jangan pula saya dengar lepas ini ada…