Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai melonjak ke tangga teratas saingan kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 selepas berjaya membenam cabaran Kawasaki Frontale 3-2 pada aksi kelima yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.
Kemenangan ketiga berturut-turut tersebut membolehkan skuad kendalian Hong Myung-bo itu mengumpul 10 mata, dua mata dihadapan Kawasaki Frontale. Namun, kedudukan akan berubah pada malam ini sekiranya Johor Darul Ta’zim (tujuh mata) dapat menewaskan Guangzhou FC.
Penguasaan permainan yang ditampilkan Kawasaki Frontale jelas tidak banyak membantu mereka dimana barisan pemain Ulsan Hyundai lebih klinikal di hadapan pintu gol lawan bagi menyempurnakan peluang terhidang.
Ia jelas dibuktikan apabila Leandro Damiao terlepas peluang terbaik dimana beliau melakukan percubaan meliar ketika hanya berhadapan dengan penjaga gol…