Imej atlet bola tampar wanita Mesir, Marwa Abdelhady dan Doaa Elghobashy memakai pakaian berwarna hitam dan berhijab, menentang lawan dari Sepanyol yang memakai bikini pada aksi Olimpik Paris 2024 menjadi tular kerana perbezaan ketara kedua-duanya.
Walaupun tewas 2-0 di tangan Sepanyol, pasangan itu dilihat berpelukan dengan baju lengan panjang, seluar panjang dan tudung manakala lawan mereka pula meraikan kejayaan dengan bikini merah dan topi pelindung matahari.