
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk menghentikan penjualan bir bebas cukai di premis yang dikendalikan oleh cabang perdagangannya, Pernama, sekali gus menamatkan amalan yang berlangsung selama lebih enam dekad.
Seorang pengurus di premis Pernama, yang enggan namanya tidak didedahkan, berkata pengendali premis baru-baru ini menerima arahan daripada pejabat panglima ATM supaya menghentikan penjualan sebaik sahaja stok sedia ada habis.
Tiada sebab diberikan berhubung keputusan itu.
Menurut pengurus berkenaan, Pernama, yang mempunyai kira-kira 80 premis di seluruh negara, turut diarahkan supaya tidak membuat pesanan baharu, yang lazimnya dilakukan setiap enam bulan.
Pengurus itu berkata stok semasa dijangka habis menjelang akhir tahun ini.
Di bawah peraturan semasa, anggota tentera dan veteran bukan Islam…