Hot FM

ATM dialu-alu adakan latihan ketenteraan di Johor, kata TMJ


TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata sokongan baginda bukan sahaja terhad kepada mereka yang masih berkhidmat, malah turut meliputi anggota tentera yang telah bersara atau bakal bersara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dialu-alukan untuk menjalankan latihan ketenteraan di negeri itu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Tunku Ismail berkata latihan sedemikian amat penting dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan serta memperhalusi kemahiran yang diperlukan bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Institusi Diraja Johor dan kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha ini,” kata baginda.

Baginda berkata ATM tidak seharusnya berdepan halangan yang tidak perlu dalam melaksanakan latihan serta eksesais operasi yang amat penting demi pertahanan dan kesiapsiagaan negara.

Tunku Ismail turut berkata sokongan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version