Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Aufahanie Sedih Tak Dapat Kongsi Berita Gembira Dengan Abang

today29 August 2024

Background

Penyanyi Aufahanie seakan hilang kata-kata apabila tercalon dalam Kategori Artis Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.

Katanya, walaupun teruja dengan berita gembira tersebut, namun perasaan itu seakan terbantut apabila dia tidak lagi dapat berkongsi dengan arwah abangnya, Nidza Afham yang hilang sebelum ini sebelum ditemui meninggal dunia di Sungai Klang pada 15 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Persoal Kematian Abang, Aufahanie Selar Individu Sebar Fitnah Melampau!

ARTIKEL BERKAITAN:“Bahagialah Di Syurga Firdausi”- Aufahanie Sifatkan Arwah Seorang Abang & Anak Yang Baik

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Aufahanie Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging! Lokasi Terakhir Di Jambatan Sungai Klang 

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Saat Hilang Cintamu itu berkata, dia masih memerlukan masa dan ruang serta belum terfikir untuk kembali aktif menyanyi.

“Ketika pengurus memaklumkan nama sangkut, saya sangat terkejut, lebih lagi, dalam keadaan sekarang.

“Saya belum ada rasa nak aktif semula menyanyi selepas kehilangan arwah. Saya rancang nak rehat lama.

“Tapi, bila dapat tahu nama tercalon tentulah saya gembira dan terus kongsi berita gembira bersama ummi, adik-beradik dan sepupu.

“Saya tak pernah bermimpi akan bertanding dalam ABPBH, mungkin inilah namanya rezeki,” katanya.

Rezeki dipermudahkan sejak arwah tiada

Mengulas lanjut, Aufa berkongsi bahawa sejak arwah abang kesayangannya itu tiada, rezekinya semakin dipermudahkan sekaligus menyifatkan mungkin itu adalah cara Allah SWT mahu merawat lukanya.

“Sejak dahulu jika meraih pencapaian dalam bidang muzik, arwah adalah orang pertama yang akan saya kongsi berita gembira.

“Kami memang sentiasa menyertai sesi uji bakat bersama sejak kecil, jadi bila arwah tiada memang terasa kekosongan ini.

“Tak dinafikan, rezeki semakin dipermudahkan sejak arwah tiada. Mungkin Allah tak mahu saya bersedih lama-lama dan hidup juga harus diteruskan,” jelasnya.

Justeru, untuk ABPBH36 kali ini, dia hanya meletakkan kepercayaan terhadap undian yang dibuat oleh kelab peminatnya sahaja.

Sekadar info, ABPBH36 kali ini akan mempertandingkan sebanyak 16 kategori utama dan undian artis kegemaran anda boleh dilakukan di www.abpbh.com.my

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post