Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Aksi lebih meyakinkan di babak kedua menyaksikan Australia berjaya menundukkan Timor Leste 7-4 pada aksi sulung kumpulan B Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok sebentar tadi.
Ketika ramai menjangkakan Australia bakal mendapat kemenangan mudah ekoran jurang ranking dunia melibatkan kedua-dua pasukan tetapi Timor Leste tampil dengan semangat yang luar biasa.
Malah, skuad kendalian Jorge Da Silva itu membuatkan Australia tersentak buat seketika apabila berjaya mendahului lawan tersebut 4-3 pada separuh masa pertama.
Australia yang gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi 2019 di Vietnam membuka tirai jaringan pada minit keempat selepas Daniel Fornito merembat masuk bola ketika situasi sepakan sudut.
Kegembiraan Australia bagaimanapun hanya bertahan seminit apabila Timor Leste kembali menyamakan kedudukan menerusi Miguel Fernandes…