Imbas untuk muat turun aplikasi

6ce83de8f09e02627796b95b750d9dfc

368 Results / Page 39 of 41

Sukan

Bila Melaka nak gegau lawan ni…

Kuala Terengganu: Ketumpulan jentera serangan terus menghantui kem pasukan Melaka United FC (MUFC) yang layak dilabel pakar seri selepas empat perlawanan Liga Super berakhir dengan keputusan seri. Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan adalah individu paling resah selain hairan kerana 'bisa' penyerangnya yang diketuai import kelahiran Brazil, Alex Goncalves dan gandingannya dari Haiti, Sony Norde belum ditemui. "Pemain haruslah keluar 'bisa' kerana kita masih lagi gagal merakam sebarang... Klik sini untuk baca […]

today18 March 2021

Sukan

Marcel puas ledak gol hebat

Kuala Terengganu: Dua tahun lalu di stadium sama, arkitek Terengganu FC (TFC), Dechi Marcel diperintahkan keluar padang selepas dilayangkan kad merah ketika pasukannya tewas 1-3 kepada Perak dalam saingan Liga Super di Ipoh. Namun malam kelmarin, pemain kelahiran Ivory Coast itu bagaikan melepas geram apabila berjaya membantu pasukannya membalas dendam kekalahan berkenaan dengan merakam kemenangan 2-0 ke atas skuad The Bos Gaurus dalam saingan sama. Malah jaringan menerusi sepakan lencong... […]

today16 March 2021

Sukan

TFC II, Kuching City FC terikat

Kuala Terengganu: Terengganu FC II (TFC II) dan Kuching City FC (KCFC) sama handal selepas terikat 1-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. Pada awal permainan kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan percubaan tepat selain mengamalkan corak berhati-hati kerana keadaan padang basah akibat hujan. Bagaimanapun, memasuki minit ke-19, gawang pasukan pelawat akhirnya bocor apabila skuad The Turtles kendalian Badrul Afzan Razali memperoleh jaringan menerusi... Klik […]

today10 March 2021

Sukan

Gergasi Merah tumbang di Gong Badak

Kuala Terengganu: Percaturan Terengganu FC (TFC) menjadi apabila meraih kemenangan kedua dengan menumpaskan Selangor FC 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini. TFC yang hanya menurunkan empat tonggak import termasuk dua pemain Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah dan Dechi Marcel bermula garang dengan percubaan pertama pada minit pertama menerusi Faiz Nasir namun sedikit tersasar. Skuad Penyu terus menekan The Red Giants apabila memperolehi […]

today9 March 2021

Sukan

THT berkampung di Bukit Jalil

Kuala Terengganu: Gergasi Pantai Timur, Pasukan Hoki Terengganu (THT) akan 'berkampung' di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bermula 26 Februari ini untuk meneruskan sesi latihan menjelang Liga Hoki Malaysia (MHL) bulan depan. Ketua jurulatihnya, K Rajan menjelaskan tempoh latihan berkenaan begitu penting buat pemainnya membentuk keserasian kerana perlawanan sebenar hanya berbaki kurang sebulan sebelum dilangsungkan. "Sebelum ini kita rancang berlatih di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala... Klik sini untuk baca […]

today12 February 2021

Sukan

Kes Sumareh jadikan iktibar | Harian Metro

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri dan Kelab wajar mengambil iktibar hukuman berat yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) berhubung isu kontrak bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh. Ingatan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Profesionalisasi Kelab, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Dr Wirdati Mohd Radzi yang meletakkan harapan tinggi agar selepas ini tidak berlaku lagi persatuan ataupun kelab dihukum gara-gara perlanggaran kontrak lebih-lebih lagi... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 February 2021

Sukan

Cabaran getir pelumba TSG di Turki

Kuala Terengganu: Cuaca sejuk serta laluan berbukit bakal menjadi cabaran getir buat sembilan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) dalam misi memburu podium sepanjang enam kejohanan di Turki bermula Sabtu ini. Demikian reaksi kapten baharu TSG, Harrif Saleh, 32 yang enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi tapi tetap menyasarkan podium dalam kalendar pertama pasukannya musim ini. "Ketiadaan perlumbaan kompetitif hampir setahun lalu membuatkan secara peribadi saya perlu realistik untuk... Klik sini untuk […]

today4 February 2021

Sukan

Pemain TFC timba ilmu Jepun

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) berpeluang menghantar pemainnya berguru di Jepun selepas menjalin kerjasama dengan pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd di pejabat TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Berita gembira itu dinyatakan Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang bersedia menawarkan tempat buat pemain muda TFC menimba ilmu di negara Matahari Terbit itu. "Selepas perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua... Klik sini untuk […]

today21 January 2021

Sukan

Aiman sertai TSG demi keluarga

Kuala Terengganu: Demi keluarga, Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, Nur Aiman Mohd Zariff terpaksa menolak tawaran untuk kekal bersama Team Sapura Cycling (TSC) musim ini. Sebaliknya pelumba muda berusia 24 tahun itu kembali memperkuatkan pasukan bertaraf benua Asia, Terengganu Cycling Team (TSG) tahun ini. Pelumba kelahiran Setiu itu berkata, selama tiga musim mewakili TSC sejak 2018 membuatkan dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya, namun banyak kejayaan membanggakan bersama... […]

today12 January 2021