Imbas untuk muat turun aplikasi

7b710b12567d129a02bdd6b187e26286

62 Results / Page 3 of 7

331637_9004622_updates

Sosial

Dilahirkan Di Pakistan, Wanita Muslim Ini Bakal Menjadi Peguam Besar Wilayah Amerika Syarikat

Seorang wanita Muslim kelahiran Pakistan, Saima Mohsin bakal melakar sejarah dengan menjadi wanita muslim pertama yang menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah bagi negara Amerika Syarikat. Menurut laporan terbitan Geo News, wanita tersebut yang berusia 52 tahun itu bakal memulakan tugas beliau pada tarikh 2 Februari ini dengan menggantikan Matthew Schneider yang merupakan peguam semasa bagi daerah Detroit, Michigan. Pengumuman tersebut telah dilakukan pada Khamis lalu... Klik sini untuk baca […]

today27 January 2021

photo_2021-01-26_12-49-23

Sosial

Tular Tiada Komisyen Jika Penghantaran Kurang 1,000 Bungkusan, Lelaki Ini Kongsi Senario Sebenar Pekerja ‘Delivery’

Sejak beberapa hari yang lepas, syarikat penghantaran barang, J&T Express telah mendapat kecaman netizen selepas timbul isu mengenai pembayaran komisyen terhadap pekerja penghantaran syarikat tersebut. Namun begitu, disebabkan tidak mahu isu ini berlarutan seorang netizen dikenali sebagai Rudy yang juga merupakan salah seorang pekerja penghantaran bagi syarikat tersebut telah tampil bagi menjelaskan isu tersebut melalui untaian (thread) berikut. Sebenarnya isu j&t tu tak ada apa isu... Klik sini untuk baca […]

today26 January 2021

photo_2021-01-24_12-21-09

Sosial

Sultan Selangor Dan Tengku Permaisuri Titah Masyarakat Lebih Prihatin Terhadap Haiwan Terbiar

Baru-baru ini isu berkenaan haiwan terbiar semakin hangat dibincangkan oleh ramai pihak terutama sekali apabila terdapat video atau gambar yang dimuat naik menunjukkan haiwan terbiar ini diseksa oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Perkara tersebut telah mendapat perhatian pasangan diraja ini iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menerusi perkongsian Selangor Royal Office di laman... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 January 2021

BeFunky-collage (3)

Sosial

Perhilitan Jelaskan Kejadian Gajah Masuk Sekolah Bukan Kali Pertama Berlaku

Sejak semalam tular di media sosial mengenai perkongsian video yang memaparkan seekor gajah bertindak menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar pada Selasa lepas. Kejadian tersebut dipercayai telah dirakam oleh seorang lelaki yang berada di sekitar kawasan tersebut namun gajah dewasa yang dianggarkan berusia 35 tahun tersebut tidak bertindak agresif. “Seekor gajah masuk dalam Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, Gerik dipercayai untuk mencari makanan. “Kejadian sempat... Klik sini untuk […]

today22 January 2021

BeFunky-collage (1)

Sosial

Ibu Mencuri Kerana Terdesak, Ketua Polis Daerah PJ Turun Padang Hulur Bantuan

Tidak dapat dinafikan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada ramai pihak terutama sekali golongan yang tidak berkemampuan. Seperti kisah seorang ibu yang terpaksa mencuri makanan dan plaster di pasar raya di sekitar Petaling Jaya bagi mengubati anaknya yang sakit. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal, pihaknya telah mendapat laporan di mana ibu kepada tiga anak itu... Klik sini untuk baca […]

today21 January 2021

BeFunky-collage

Sosial

‘Tiada SOP Pakai Glove’- Dato’ Sri Ismail Sabri Nafi Pemakaian Sarung Tangan Dalam SOP

Sejak semalam tular di media sosial berkenaan perkongsian sebuah video menunjukkan sekumpulan anggota polis bertindak memberi saman kepada seorang pekerja di sebuah kedai kerana beliau gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Menerusi perkongsian video, difahamkan anggota polis tersebut turut menjelaskan bahawa notis kompaun dikeluarkan kerana pekerja tersebut tidak memakai sarung tangan serta tidak memeriksa suhu badan pelanggan sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam premis... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today21 January 2021

BeFunky-collage (1)

Sosial

Dr Noor Hisham Nafi Dakwaan Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Kepenatan

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai perkongsian berkenaan salah seorang petugas barisan hadapan yang dikatakan meninggal dunia akibat daripada kepenatan dalam menjalankan tugas sebagai petugas barisan hadapan. Perkara tersebut difahamkan tidak benar malah telah mendapat pengesahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah itu sendiri. Sewaktu dihubungi pihak Sinar Harian, Dr Noor Hisham telah menjelaskan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia... Klik sini untuk baca […]

today20 January 2021

BeFunky-collage (1)

Sosial

Positif COVID-19 Tetapi Masih Mahu Pulang Ke Dhaka, 2 Warga Bangladesh Ditahan Di KLIA

Dua warga Bangladesh yang disahkan positif COVID-19 telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad lalu selepas mereka dipercayai cuba untuk menaiki penerbangan pulang ke Dhaka. Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan petugas yang bertugas pada ketika itu telah mendapati dua individu tersebut positif COVID-19 apabila memeriksa slip ujian keputusan saringan yang dibawa lelaki tersebut. Menurut sumber, bagi penerbangan... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today18 January 2021

BeFunky-collage – 2021-01-17T170150.837

Sosial

MPK Kecewa Laluan Ke Teluk Tongkang Kerap Diceroboh Geng Basikal Tidak Bertanggungjawab

Tidak dapat dinafikan aktiviti percutian di kawasan pantai sering mendapat tempat di hati masyarakat kita, namun destinasi yang terkenal sebagai tarikan pelancong ini juga sering dilihat menjadi mangsa kepada budaya vandalisme. Jika sebelum ini kami telah berkongsi mengenai tarikan pelancong di Pantai Pengkalan Balak, Alor Gajah yang dijadikan meja untuk berkelah, kali ini perkara tersebut terjadi pula di Kuantan apabila laluan ke Teluk Tongkang sering diceroboh geng basikal.

today17 January 2021