Imbas untuk muat turun aplikasi

Hot FM

70 Results / Page 5 of 8

Geng Pagi Hot

Geng Pagi Hot FT Andi Bernadee – Don’t Dare (Parodi Puasa)

Tahun ini parodi puasa diteruskan lagi oleh Geng Pagi Hot. Kalau last year lagu Despacito ditukar lirik dan tajuk jadi Puasa Yang Yok yang dinyanyikan GPH bersama Khai Bahar dan Wani Harsita. Kali ni lagu Donde nyanyian Andi Bernadee pula jadi 'mangsa' dan Andi sendiri terlibat untuk projek suka-suka ni. Macam mana peginya lagu parodi puasa Don't Dare ni? Ni yang min nak ajak uols semua untuk tengok. Jom!

today14 May 2019

Jamming Hot

Hari Ini – Hael Husaini

Single Hael, Hari Ini menampilkan sisi lain beliau sebagai seorang penyanyi pop yang mana sebelum ini mengetengahkan lagu versi nakal. Pertaruhan kali ini mengenai dugaan yang dilalui pasangan dalam berumah tangga. Menurutnya hatinya terkesan setelah membaca pelbagai perkongsian, termasuk daripada pasangan yang berdepan dugaan berat hidup rumah tangga. Mampukah lagu ini mengulangi kejayaan Hael di pentas AJL? Terlalu awal ramalan itu, kita enjoy dulu dalam versi Jamming Hot.

today9 May 2019

Jamming Hot

Terlalu Memuja – Wany Hasrita

Lagu yang ada kaitan dengan dirinya membuatkan Bintang Paling Popular ABPBH ke 31 tidak dapat menahan sebak ketika merakamkan lagunya ini. Pengalaman pahit yang dilaluinya sebelum ini memudahkan proses rakaman yang mana lagu ini menuntut penghayatan yang sangat mendalam. Lagu ini juga menampilkan sisi berbeza nyanyian Wany yang lebih matang dan mencabar. Wany turut mencabar dirinya menyanyikan lagu yang lebih berat, sekali gus membawa dia keluar dari ruang selesa. Jom […]

today8 May 2019

Jamming Hot

Mencuba – Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi kembali mempertaruhkan single terbaru yang berjudul Mencuba. Muncul seiring dengan video klip, selepas 4 hari ditayang di youtube lagu ini berjaya mencecah 1 juta tontonan. Tentunya ia satu record peribadi terbaik buat penyanyi kelahiran Mersing ini. Dalam video klip ni ada la scene memaparkan Sufian menaiki helikopter dan sekali gus mendapat usikan nakal daripada netizen yang mengaitkan scene itu mengimbau kembali moment indah bersama dengan bekas tunangnya tak […]

today7 May 2019

Geng Pagi Hot

Sarancak Kena Kutuk

Biar betul kali ni Sarancak kena kutuk? Ooo, rupa paras ada sedikit kekurangan terus dapat lesen untuk laser orang sana sini ya? Jangan begitu kawan-kawan, jaga hati dan perasaan mereka ok. Senanglah, benda bukan kena dekat kita. Cuba kita pulak yang alaminya, menggagau juga la nak cari apa yang terbaik untuk pulihkan. Apa yang min bebelkan ni? Haih.. tengok la sendiri, kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.

today7 May 2019

Jamming Hot

Mana Ada Hati – Ayda Jebat

Percubaan memiliki lagu berentak balada adalah sebuah explorasi dari Ayda Jebat dan ianya juga merupakan hadiah harijadi beliau kepada peminatnya. Ianya sebagai apresiasi untuk setiap peminat yang tidak lelah menyokong perjalanan seninya. Lagu yang merupakan hasil nukilan Ayda Jebat adalah kolabrasi bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak. Dalam sessi jamming ekslusif bersama Hot FM, Jamming Hot mempersembahkan kepada anda Mana Ada Hati.

today30 April 2019

Geng Pagi Hot

Ustaz Hamadi Jual Wanita Bertudung

Demam Nur 2 tak kebah lagi walaupun episode akhir dah berlalu. Ustaz Hamadi terus membuat percubaan untuk menjual wanita bertudung, namun berjayakah dilunaskan niatnya itu? Ni adalah scene yang tak ditunjukkan dalam drama, tapi hanya berlaku masa mereka di GPH. Versi kali ini featuring dengan Juita. Silalah tengok. Tapi nak bagitahu awal-awal, apa yang dipaparkan ini hanya lah untuk suka-suka sahaja tiada kena mengena dengan sesiapa. Enjoy!

today29 April 2019

Jamming Hot

Tetap Kamu – Amylea Ft. Megat (OST Nur 2)

Tertekan mencari pengganti untuk duet bagi OST Nur 2 menyebabkan Amylea hampir give up. Dia nyaris menolak untuk projek tersebut kalau tidak bertemu penyanyi yang betul-betul sesuai, alasannya ialah tidak mahu tangkap muat. Hasil kesabaran membuahkan hasil apabila bertemu gandingan vokal yang sesuai iaitu Megat Mentor. Tetap Kamu merupakan kesinambungan bagi lagu Tak Pernah Hilang gandingan Amylea dan Kaer sebelum ini. Kali ini kami persembahkan kepada anda menerusi Jamming Hot, […]

today25 April 2019