Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Hot FM

Autism Empowerment Weekend 2024

today15 May 2024

Background

Autism Empowerment Weekend adalah satu inisiatif yang dicetuskan oleh Pusat Terapi Let’z Play, sebuah Pusat Intervensi khusus untuk individu autisme yang terletak di Sarawak.

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai golongan istimewa ini serta membuka ruang kepada individu tersebut untuk menunjukkan kebolehan dalam diri mereka walaupun mereka mempunyai kelewatan dalam perkembangan diri.

Program ini terbahagi kepada 3 jenis aktiviti. Antaranya adalah Ceramah, Pameran dan Bengkel. Kemasukan dan Kesemua aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah percuma. Orang awam yang berminat untuk melawat ke Muzium sahaja perlu membeli tiket berdasarkan kadar yang telah ditetapkan.

Program ini juga akan disertai oleh lebih 20 agensi-agensi luar seperti Kuching Autism Association, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Bahagian 3PK, Angkatan Pertahanan Awam, Sayap Biru Autisme, PureDays Toy, 20dB Hearing Sdn Bhd, Redwood Therapy & Learning Centre dan banyak lagi.

Poster Acara

Written by: Hot FM


Previous post