Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Aweera Tak Peduli!

today21 February 2019

Background


Penyanyi, Aweera kini menubuhkan kumpulan baru dikenali sebagai Pelita Lusoh yang dianggotai tiga orang termasuk Anep (pemain drum) dan Alan (guitar).
Walaupun penubuhan kumpulan itu diragui setengah pihak yang beranggapan tidak mampu bertahan lama, Aweera tidak peduli dan akan terus berkarya selagi boleh.

“Selagi ada peluang mencuba, saya akan terus berkarya. Namun, jika masih dikecam ramai, biarlah,” katanya.

Sebelum bersama Pelita Lusoh, Aweera merupakan vokalis kepada dua kumpulan muzik iaitu Mojo dan Prime Domestic yang bertahan seketika.
Dalam pada itu, Aweera juga tidak kisah jika dirinya dihujani tanggapan negatif orang lain.

“Terpulang pada mereka nak cakap atau anggap apa, saya tak kisah. Sekarang, saya ada misi baru untuk karier seni ini,” ujarnya lagi.

Tampil dengan single berjudul PIL atau Pelita Ini Lusoh, karya ciptaan sepenuhnya Aweera itu akan turut dipasarkan juga ke luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Jepun.
All the best Aweera!

Written by: Jay


Previous post

Geng Pagi Hot

Cabaran Shuib Buat Pickup Line Dalam Public Transport!

Pick up line adalah cabaran yang agak 'kacang' bagi Shuib untuk cabaran Geng Pagi Hot kali ni. ye lah, Shuib ni kan "Raja Gombal". Jom tengok pick up line spontan dari GPH yang dibuat dalam public transport. At least berbunga lah hati si gadis. Yeay.. Geng Pagi Hot telah ukirkan senyuman buat mereka. :) :)

today21 February 2019