Lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemar keluar pada waktu malam dan melepak bersama kawan-kawan sehingga lupa untuk pulang ke rumah.
Ibu ayah mana yang tidak risaukan keselamatan dan nyawa anak-anak bukan? Apatah lagi jika sudah ditegur dan nasihat berkali-kali tetapi tetap tidak jalan.
Baru-baru ini, seorang lelaki bertindak membakar motosikal anaknya gara-gara terlalu geram dengan sikap degil anaknya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kajolmarey01, kelihatan lelaki itu membakar motosikal anak lelakinya sambil meluahkan rasa amarah dan geram.
“Tak payah ada motor lagi senang. Ada motor, jadi hantu jadi setan kau. Buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak bapak, mak bapak kau dah cakap macam-macam dengan kau, cakap elok-elok tapi kau tak faham, ini ubat dia.
“Sebelum kau mampus dekat tangan orang lain, dekat jalan raya, kau mati, lebih baik aku bakar je. Ni punca-punca,” katanya.