Dalam perkongsiannya, dapat dilihat Faez telah menghadiahkan ayah tercinta sebuah motosikal.
Menerusi caption yang ditulis Faez juga, ayahnya tidak pernah terlintas untuk menggantikan motosikal lamanya meskipun berkemampuan setelah memperoleh duit pencen sejak beberapa tahun yang lalu.
Bahkan, wang tersebut akan disimpan oleh ayahnya yang sentiasa mendahulukan anak-anak terlebih dahulu.
Ternyata rakaman video berdurasi 2 minit 10 saat itu telah membuatkan ramai warganet sebak dan tersentuh hati lebih-lebih lagi kerana diiringi dengan lagu ‘Titip Rindu Buat Ayah’.
Malah rata-rata memuji dan terinspirasi dengan Faez. Bukan itu sahaja, masing-masing juga mula menanyakan perihal pesanan yang disampaikan ayahnya namun Faez memilih untuk tidak beritahu kerana terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada orang ramai.
