Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di dapur untuk makan. Ayah dilihat ingin menyuap nasi kepada anaknya yang dipangku oleh ibu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pada awalnya ayahnya terpaksa berlakon menggunakan anak patung. Dia dilihat menanyakan anak patung itu sama ada hendak makan atau tidak. Sebaik saja anak patung itu menjawab tidak, dia dibelasah dan dipukul oleh ayahnya.
Setelah itu, apabila ditanyakan sekali lagi barulah anak patung itu mahu makan. Anaknya yang melihat lakonan ibu dan ayahnya itu dilihat melopong dan terus mahu makan apabila disuap.