Hot FM

Ayda Jebat Ajak Peminat Khatam Al-Quran Sepanjang Tempoh PKP

Umum mengetahui kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Tempoh PKP itu telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini.

Tidak dinafikan, ramai rakyat Malaysia yang mengeluh kebosanan apabila terpaksa berkurung di dalam rumah dan tidak dapat keluar.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi satu idea bermanfaat yang boleh dilakukan sepanjang tempoh dua minggu PKP dilaksanakan, iaitu khatam Al-Quran 30 juzuk.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada 24 Mac 2020.

Daripada duduk di rumah goyang kaki tak buat apa-apa, jom sama-sama tambah pahala.

Semoga perkongsian mulia Ayda ini menjadi inspirasi buat semua.

Exit mobile version