Site icon Hot FM

Ayda Jebat Dedah Ciri-Ciri Watak Dalam Drama Cindai

Drama terbitan JS Pictures nyata tidak pernah mengecewakan penonton. Terbaharu, drama rantaian Cindai lakonan Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan yang masih lagi bersiaran sehingga hari ini telah mendapat perhatian ramai susulan watak yang dibawa oleh Ayda.

Menariknya lagi, drama tersebut turut trending menerusi laman Twitter semalam yang juga dikongsi oleh pelakon utama terbabit.

Ayda melalui laman Instagram miliknya turut menceritakan pengalaman selain menyatakan ciri-ciri watak yang dilakonkan menerusi satu posting yang dimuat naik semalam.

Selain gandingan hebat mereka berdua, drama 15 episod itu turut menampilkan Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad dan Fatin Afeefa.

Drama Cindai masih lagi bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Drama tersebut mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Cindai (Ayda Jebat) yang menjadi gelandangan di kota raya. Cindai turut menghidapi bipolar iaitu penyakit mental yang menyebabkan terjadinya perubahan mood yang ketara. Namun begitu, Amir (Syazuwan Hassan) sentiasa bersama Cindai.

Exit mobile version