
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian.
Azalina berkata, inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu itu bagi menangani isu berkaitan jenayah siber, selain mencerminkan keprihatinan kerajaan Madani dalam memastikan keselamatan rakyat di alam siber tidak terus terancam.
“Perkhidmatan dalam talian pada masa ini merupakan satu keperluan dan antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian. Perkembangan ini membuka banyak peluang baharu, terutama dalam bidang perniagaan, sekali gus menjadikan kehidupan rakyat semakin mudah dan selesa.
“Namun, dalam kita menikmati manfaatnya, alam siber kini…