Hot FM

Azalina seru rakyat Johor pilih calon mampu beri khidmat terbaik


Azalina Othman Said
Azalina Othman Said merasmikan pejabat satelit Jabatan Bantuan Guaman di Mahkamah Pengerang, Bandar Penawar, Kota Tinggi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said memohon pengundi memilih calon dekat dengan rakyat, mampu memberikan perkhidmatan terbaik serta meletakkan kepentingan kawasan sebagai keutamaan pada PRN Johor, 11 Julai ini.

Katanya, pengundi perlu menilai rekod dan komitmen calon sebelum membuat pilihan kerana wakil rakyat yang tidak memberikan tumpuan kepada kawasan akan menyukarkan usaha membela kebajikan penduduk setempat.

“Kalau memilih wakil rakyat yang tidak berada di kawasan dan lebih banyak berada di tempat lain, sudah tentu ia menyukarkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya,” katanya yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi), menurut Bernama.

Beliau ditemui selepas merasmikan pejabat satelit Jabatan Bantuan Guaman (JBG) di Mahkamah Pengerang, Bandar Penawar, Kota…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version