Hot FM

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang 2 hala


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said bertemu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Keadilan Kemboja Koeut Rith di Phnom Penh hari ini. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

Azalina berkata, pada pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Keadilan Kemboja Koeut Rith, beliau turut menegaskan semula komitmen Malaysia untuk memperkasakan timbang tara komersial antarabangsa dan mediasi di seluruh Asean.

“Dengan pertumbuhan pesat ekonomi serantau yang terus dinikmati negara-negara anggota, rangka kerja penyelesaian pertikaian yang kukuh dan holistik adalah amat penting untuk meningkatkan keyakinan perniagaan dan juga pelaburan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Pada pertemuan di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version