
PUTRAJAYA: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau diarah meneruskan siasatan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang diterima Najib Razak, walaupun telah bertemu dengan ‘penderma’ dari Arab Saudi.
Fikri Ab Rahim berkata, pegawai atasannya ketika itu, Azam Baki, yang merupakan timbalan ketua pesuruhjaya SPRM pada masa itu memberitahunya, maklumat yang dikumpul semasa lawatan mereka ke sebuah istana di Arab Saudi ‘tidak mencukupi’.
“Azam beritahu saya kami perlu bukti kukuh. Saya rasa maklumat itu cukup, berdasarkan apa yang kami peroleh daripada Putera Saud (Abdulaziz Al-Saud) dan peguam (Mohamad Abdullah Al Koman),” katanya.
Fikri memberitahu mahkamah, beliau dan rakan sekerjanya, Nasharudin Amir dan Hafaz Nazar, bersama Azam serta bekas timbalan pendakwa…