
SHAH ALAM: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dilantik sebagai profesor adjung di Institut Penyelidikan Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Watikah pelantikan dua tahun itu disampaikan oleh Naib Canselor UiTM Prof Shahrin Sahib @Sahibuddin hari ini.
Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini antara lain bertujuan memperkukuh penyelidikan jenayah kewangan, pencegahan rasuah dan tadbir urus integriti universiti itu.
Azam yang menyifatkan pelantikan tersebut sebagai penghormatan buat SPRM serta dirinya berjanji memberikan sumbangan kepada UiTM atas apa juga kapasiti berdasarkan pengalaman selama lebih 40 tahun dalam perkhidmatan.
“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi sumbangan kepada UITM secara keseluruhannya, terutama dalam isu-isu…