Hot FM

Azam menamatkan khidmat selepas 6 tahun terajui SPRM


Tan Sri Azam Baki bernama pic 12526
Azam Baki bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dari Mac 2020. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Azam Baki secara rasmi menamatkan khidmat sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, mengakhiri tempoh enam tahun yang menyaksikan badan antirasuah itu kerap menjadi tumpuan.

Pada majlis penghargaan khas di Putrajaya, Azam menyeru warga SPRM memberi sokongan kepada kepimpinan baharu dan pengurusan tertinggi bagi meneruskan legasi SPRM.

“Jangan sabotaj ketua pesuruhjaya yang baharu kerana jika anda sabotaj, itu bermaksud anda sedang mensabotaj organisasi anda sendiri,” katanya dalam ucapan perpisahan, lapor Buletin TV3.

Azam mengambil alih jawatan tertinggi itu pada Mac 2020 selepas ketua pesuruhjaya sebelumnya, Latheefa Koya, meletak jawatan di sebalik pergolakan politik susulan Langkah Sheraton.

Beliau kemudian berkhidmat bawah tiga perdana menteri — Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan Anwar Ibrahim — yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version