
PETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki hadir secara sukarela dan menjawab segala persoalan berbangkit berhubung isu pemilikan saham membabitkan dirinya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), Rabu depan.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Azam perlu menjelaskan isu membabitkan dirinya dalam PSC bagi menjawab segala pertuduhan berhubung konflik kepentingan bagi menghilangkan sebarang keraguan terhadap integritinya, seterusnya membolehkan perkara itu diselesaikan segera.
“Untuk memastikan keresahan yang timbul akibat skandal Azam dapat dapat diredakan secepat mungkin, saya mencadangkan agar Azam secara sukarela hadir di hadapan PSC pada…