Pempengaruh dan usahawan selebriti, Khairul Aming menyifatkan rakannya yang juga pempengaruh popular, Azfar Heri merupakan kawan yang baik.
Kata Aming menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Azfar merupakan antara rakan yang sentiasa bersamanya dikala susah mahupun senang.
“ Anda kenal dia macam tu, in realise saya kenal dia lain. So, kadang -kadang aku fikir kenapa aku kawan dengan dia.
“In a real life, he’s a good friend. Yang sentiasa ada dengan aku time susah senang. Walaupun dia macam tu, aku macam ni. I still responsibility untuk jaga dia dan tegur dan nasihatkan dia,” katanya.
insert vid
Mengulas lanjut, pemenang Content Creator Of The Year 2023 ini turut menitipkan pesana agar tidak meninggalkan kawan-kawan dibelakang.
Ini kerana, sebagai seorang yang mula mencipta nama dari bawah, Aming menganggap kawan adalah individu yang sentiasa perlukan bimbingan dan teguran.
“Kalau kita ni asyik nak tinggalkan kawan je. Nanti kawan tak ada bimbingan lah.
“So, aku tak nak lah tinggalkan kawan dan grow up sendiri.
Terdahulu, nama Azfar Heri mula menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet selepas dia didakwa ‘mencapap’ rakan-rakannya seperti, Khairul Aming, Intan Najuwa dan ramai lagi.