Site icon Hot FM

Azhar Idrus tiada tauliah ceramah di Terengganu


Seramai 1,313 individu mempunyai tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan al-Quran di Terengganu.

Difahamkan, Azhar Idrus dipanggil JHEAT sebanyak tiga kali untuk proses temuduga pemegang tauliah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Azhar Idrus bukan antara 30 pendakwah selebriti yang mempunyai tauliah untuk berceramah dan mengadakan kuliah di Terengganu.

Demikian menurut Harian Metro yang memetik statistik pemegang tauliah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setakat November lalu.

Difahamkan, Azhar dipanggil JHEAT sebanyak tiga kali untuk proses temuduga pemegang tauliah.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin, berkata seramai 1,313 individu mempunyai tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan al-Quran di negeri itu.

Katanya, ia merangkumi pendakwah diberikan tauliah khas mengajar agama saja dan mengajar agama Islam termasuk kitab, ceramah umum serta al-Quran.

“Kita akan mengeluarkan kebenaran khas kepada penganjur dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version