Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Azhar Sulaiman Kongsi Pesanan Mendalam Selepas Leona Hilang Barang Berharga

today13 January 2025

Background

Pempengaruh dan anak aktor terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berkongsi perasaan sedih apabila dia kehilangan ‘headphone’ jenama Sony kegemarannya.

Menerusi sebuah video di TikTok mililknya, Leona meluahkan rasa sedih apabila bukan sahaja headphone kegemarannya itu hilang, tetapi juga barangan lain seperti DJI kamera dan Airpods Pro.

“Saya rasa sangat sedih sebab saya menggunakan headphone itu setiap hari tetapi hilang macam tu saja,” katanya.

Meninjau ke ruangan kome, bapanya Azhar turut sempat menitipkan pesanan kepada anaknya itu untuk berfikir sejenak bahawa setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahNya.

“Daddy juara hilang barang-barang Nuna (panggilan Leona). Bila hilang apa-apa, daddy akan berhenti seketika tengok langit atau siling lepas tu tanya diri sendiri ‘apa kesilapan yang aku dah buat ni?’.

“Sudah ditakdirkan bukan milik awak, Nuna,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen turut terkesan dan bersimpati dengan Leona, meskipun begitu ada juga segelintir netizen berpendapat bahawa kehilangan barangan tersebut tidak memberi kesan kerana dia mampu untuk membelinya semula.

@leonathe2nd

IM SO SAD

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

Written by: Aqilah


Previous post