
PETALING JAYA: Abdul Aziz Isa Marindo telah meninggalkan DAP Sarawak dan berhasrat menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tonggak Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah.
Aziz, yang merupakan calon DAP di kerusi DUN Batu Kitang pada 2016 dan 2021 memberitahu FMT, beliau melepaskan keahlian partinya pada 28 Jan, selepas lebih 11 tahun bersama parti itu.
Dikenali lantang disebabkan ucapannya yang tegas dan bersemangat ketika kempen PRN 2016, keputusan ahli politik berusia 36 tahun itu untuk meninggalkan DAP itu susulan tempoh rehat tiga tahun daripada politik selepas kalah dalam pilihan raya pada 2021.
Beliau telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai PBB, yang diketuai oleh Abang Johari Openg.
Aziz berkata, beliau menyertai DAP pada Ogos 2013 didorong oleh ‘idealisme belia’, percaya bahawa sosialisme adalah antara isu utama menyelubungi negara,…