
GUA MUSANG: Bekas Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan Ogos ini.
Azizi berkata beliau akan beri laluan kepada rakan-rakan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi itu.
“Ini bukan soal kerusi yang dipertandingkan tetapi kita menghormati semangat setiakawan dalam kalangan komponen parti,” katanya kepada pemberita.
Selain itu, Azizi berkata beliau menghantar surat kepada Bersatu semalam menggesa parti berkenaan memberi butiran jelas mengenai pemecatan keahliannya.
Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian…