Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Azizi yang berpaling tadah, Rizwadi yakin pengundi kekal sokong PN

today31 July 2024

Background


Wakil Bersatu Mohd Rizwadi Ismail (kiri) berkata perbuatan Mohd Azizi Abu Naim mengalihkan sokongan lebih bersifat peribadi bukan mewakili parti.

PETALING JAYA: Wakil Bersatu Mohd Rizwadi Ismail optimis pengundi akan mengundi Perikatan Nasional (PN) yang diwakilinya pada PRK Nenggiri dan tidak terpengaruh tindakan Mohd Azizi Abu Naim mengalihkan sokongan.

Menyertai Bersatu dari PAS menjelang pengumuman sebagai calon kelmarin, beliau berkata perbuatan Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang lebih bersifat peribadi bukan mewakili parti baharunya itu.

Menurut pesara tentera laut itu, di sebalik dakwaan wujud kebimbangan pengundi episod sama akan berulang jika calon Bersatu diletakkan, beliau yakin pengundi kawasan berkenaan kekal mengundi PN yang menggunakan lambang PAS pada PRK 17 Ogos depan.

“Keputusan pimpinan PN Kelantan dan pusat memberi mandat kepada saya sebagai calon PN.

“Yang beralih sokongan adalah Azizi bukan Bersatu,” kata bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post