Hot FM

Azizulhasni tak pasti akan beraksi Olimpik Los Angeles 2028


Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang, berkata jurulatih dan rakan sepasukan ada memujuknya untuk meneruskan karier dan beraksi pada Olimpik Los Angeles 2028. (Gambar Bernama)

SEPANG: Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang memerlukan masa untuk mempertimbang semula sama ada meneruskan kariernya sebagai pelumba dan beraksi di Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) ataupun bersara.

Pelumba yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu, berkata beliau perlu berbincang dengan keluarganya sebelum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Katanya, jurulatih John Beasley dan rakan sepasukan ada memujuknya untuk terus beraksi pada LA28, namun beliau belum lagi membuat sebarang keputusan.

“Selepas perlumbaan (Olimpik Paris) John dan Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) serta pasukan harap saya boleh pertimbang untuk beraksi pada (Sukan Olimpik) Los Angeles 2028, tapi saya perlu duduk bersama keluarga dan melapangkan fikiran saya.

“Sebab apa yang berlaku di Paris adalah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version