Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Azlan Komeng Dedah Bakal Isteri Kedua Ada Niat Nak Jatuhkan Nilam

today8 May 2025

Background

Konflik rumah tangga antara pelakon Azlan Komeng, isterinya Nur Nilam Ortiz, dan seorang wanita yang didakwa bakal isteri keduanya, Maizila Aini, terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Azlan tampil menjelaskan mengenai keadaan terkini dan status hubungannya bersama Maizila.

Katanya, foto tular yang didakwa tidak menjaga batas pergaulan itu adalah tidak tepat, sebaliknya itu adalah ‘angle’ wanita berkenaan memandangkan pada ketika itu dia sedang memandu kereta.

“Sebenarnya ganbar tu tak bersandar pun, itu daripada angle dia tu, dia tengah merapat sebab dia tengah driving takkan lah kita boleh bersandar kan?,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan atau nama penuhnya, Muhammad Azlan Kamira, 49, mendakwa, Maizila turut menggunakan ilmu hitam bertujuan mahu merosakkan perkahwinannya bersama isteri.

“Sebenarnya dia ni saya dah kenal lama sebelum saya  bernikah dengan Nilam. Tapi saya tak sangka bila bernikah dengan Nilam, dia tak puas hati. Ini adalah akibat dendam.

“Baru-baru ni sebelum puasa baru dia muncul. Rupa-rupanya sebelum ini dibelakang saya dia banyak buat benda-benda fake, usik Nilam dan macam-macam lagi.

“Saya sebenarnya, dah tangkap ‘sesuatu’. Bila cara dia bercakap, cara dia penampilan dia sekarang memang sesuatu. Tapi saya kena bertenang sebab nak tengok apa move dia. Dan saya  juga harus bertindak dengan carasaya. Itu sebab saya layan. Tapi bila dah dilayan dia makin menjadi-jadi.

“Pihak itu sebenarnya ada menggunakan unsur-unsur yang tidak baik untuk memusnahkan rumah tangga saya. Dan, perkara ini saya dah dapat tangkap daripada awal sebab itu tak bagitahu pada Nilam sebab dia ni jenis bercerita dekat orang, dekat live.

“Jadi sebab tak nak orang lain tahu pasal perkara ini, saya sepakat untuk selesaikan ‘barang’ itu sekaligus perkara ini ada juga melibatkan keselamatan Nilam,” jelasnya.

@buletin.tiktok credit youtube mstaronline #fyp #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #gosip #azlankomeng #nilam ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Terdahulu, Azlan menerusi satu hantaran berasingan memuat naik video berdurasi lebih dua minit yang menjelaskan tindakannya bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa, sebaliknya untuk membuat individu terlibat sedar akan perbuatan ‘jijik’ yang telah dilakukan.

“Aku bukan nak menyakitkan hati orang jauh sekali mahu memalukan tetapi perkara dah jadi isu lagipun sebelum ini perkara itu sudah dibincangkan dengan baik. Pun jadi hal, tak guna nak bincangkan lagi. Orang kalau dah benak ubi tu memang benak juga.

“Jadi aku nak ingatkan dekat kau. Kau dah melanggar border yang aku dah bagi. Aku dah kata jangan kau usik Nilam, jangan buat benda yang menyusahkan dia, tapi satu-satu kau langgar, satu-satu aku tahu muslihat kau. Jadi, masa dah sampai. Saya ceritakan semua, sebab ini yang kau minta hasil daripada perbuatan sendiri,” tegasnya.

 

@azlankomeng_official Masa dah time…. 😌 Alhamdulillah… ingatan buat diri, YANG SUKA KITA AKAN FAHAM, YANG TAK SUKA KITA AKAN TERUS MEMBENCI. #bismillah ♬ original sound – AzlanKomeng

 

Written by: Aqilah