
Kehadiran Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali di konvensyen nasional Amanah di Shah Alam hari ini bukan isyarat kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz.
“Kehadiran Azmin dan hubungan kerjasama adalah dua perkara berasingan,” katanya kepada FMT, dan menambah Azmin memenuhi undangan Amanah.
Tun Faisal memuji Amanah kerana mengundang Azmin, menyifatkan ia ‘manifestasi politik matang dan terbuka’ serta langkah positif ke arah agenda ‘penyatuan ummah’ yang sebenar.
Beliau mengkritik ‘pihak tertentu’ yang bercakap tentang penyatuan Melayu-Islam tetapi pada masa yang sama memutuskan hubungan sesama parti Melayu-Islam yang lain, bersikap selektif, dan menafikan hak mereka.
PAS dan Bersatu merupakan parti komponen Perikatan Nasional, namun PAS menghentikan…