
PETALING JAYA: Pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) Selangor tidak gentar berdepan ancaman Bersatu negeri itu yang diperkuatkan dengan kemasukan bekas menteri Noh Omar, kelmarin.
Malah, mereka berpendapat kemasukan bekas ketua Umno Selangor itu mungkin memecahbelahkan Bersatu yang ketika ini diketuai Adun Hulu Kelang Azmin Ali.

Setiausaha PKR Selangor Mohd Khairuddin Othman menjangkakan berlaku pertembungan di antara Noh dan Azmin yang kesannya akan dirasai Perikatan Nasional (PN).
“Kemasukan Noh akan menjadikan PN berpecah dan mengancam satu sama lain.
“Noh dan Azmin pasti bertembung antara satu sama lain manakala PAS akan sentiasa menjadi ‘yes man’ kepada Bersatu,” katanya kepada FMT mengulas penyertaan Noh ke Bersatu yang didakwanya kerana bersimpati dengan nasib bekas perdana menteri Najib…