
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali mengumumkan berehat seketika daripada karier politiknya.
Azmin yang juga ketua penerangan Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau membuat keputusan itu kerana mahu merancang kembali karier politiknya.
“Kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah rehat seketika dalam karier saya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Namun, keazaman saya untuk terus berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan terhenti,” katanya di Twitter.
Bekas timbalan presiden PKR itu memenangi kerusi Parlimen Gombak pada 2008 tetapi meninggalkan parti itu bersama 10 Ahli Parlimen lain pada Februari 2020 dalam gerakan politik dikenali sebagai “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.
Bekas menteri besar Selangor itu kemudian dilantik sebagai menteri kanan dalam pentadbiran bekas…