Sehingga kini, sosok tunang pelakon Azri Iskandar iaitu Dr. Azra masih tidak kelihatan sekaligus menjadi misteri dalam kalangan warganet namun dia menegaskan bahawa tunangnya itu wujud.
Memetik laporan Gempak, jelas Azri, tunangnya itu masih tidak bersedia untuk muncul dalam khalayak ramai tetapi wanita itu akan membuat kemunculan pada Disember ini.
“Bulan Disember ni dia akan mula berlakon dan sedang berlatih Muay Thai untuk filem itu. Korang boleh tengok dia masa pelancaran nanti.
“Dia merupakan panel skrip dan berlakon. Dia pandai bawa superbike sebab itu dapat tawaran itu.
“Dia akan dibayar dengan harga RM500,000. Pada mulanya dia tolak sebab tak nak berlakon, tapi produksi mampu bayar. Jadi, dia tengah pucatlah tu. Sekarang dia tengah berlatih dan badan susut sikit,” katanya pada Gempak.
Katanya, dia yakin dengan Dr. Azra walaupun sudah setahun tidak bertentang mata kerana sering ‘outstation’.
“Dia bukan tak nak jumpa tapi sibuk dan kena outstation jauh-jauh sampai ke Sepang dan Perak untuk projek dokumentari.
“Untuk ke fasa seterusnya tengok keadaan dulu macam mana, saya nak betulkan keadaan. Pastikan dulu hubungan kami berdua betul-betul okey,” ujarnya.
Untuk rekod, Azri pernah berkahwin dengan pelakon Ellie Suriati selama 19 tahun namun telah bercerai pada 17 Mei 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 14.
Selepas bercerai, Azri mengumumkan telah mengikat tali pertunangan dengan Dr. Azra pada 29 Jun 2022.
Artikel Berkaitan: Azri Iskandar Tepis Dakwaan Berbohong, Anak Jadi Saksi Sudah Jumpa Pengganti Dr Azra -“Apa Yang Saya Nampak Hubungan Kali Ni Lebih Serius”
Artikel Berkaitan: Hubungan Bersama Dr Azra Mula Renggang Selepas Lebih Setahun Tak Jumpa, Anak-Anak & Bekas Isteri Saran Azri Iskandar Cari Wanita Lain?
Sumber: Gempak