Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, B.Satianathan nyata terkejut selepas mendengar pendedahan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai gaji yang diminta oleh Lim Teong Kim.
Tunku Ismail dalam satu temu ramah baru-
baru ini berkata Lim Teong Kim meminta
sekitar 70,000 ke 80,000 Euro atau RM330,000
ke RM380,000 dan jumlah itu menurutnya adalah tidak masuk akal kerana bekas
Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu tidak ada sebarang pengalaman membawa
pasukan senior.
Menurut laporan BH, Satia menganggap gaji yang diminta Teong Kim amat tinggi dan tidak ramai jurulatih di Eropah yang menerima gaji sebanyak itu.
“Kalau betul dia minta 70,000 euro hingga
80,000 euro memang saya terkejut. Hanya
segelintir jurulatih dekat Eropah macam
Pep Guardiola dan yang jaga kelab EPL semua tinggi, tapi berapa peratus saja jurulatih hebat yang…