Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Baby Boy Mira Filzah Selamat Disunatkan – “Mama Menangis… Papa Tak Menangis, Tapi Ngilu”

today13 June 2022

Background

Putera sulung kepada pelakon dan pengacara Mira Filzah, Wan Khair Amir selamat menjalani proses bersunat pada usianya baru 30 hari.

Menerusi perkongsian di Instagram milik suaminya, Wan Emir Astar, dia dan Mira sangat berbangga kerana anaknya sangat tenang semasa menjalani proses sunat tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Papa dan Mama sangat bangga yang kamu pandai membawa diri dengan baik semasa sunat/khatan!

“Mama menangis apabila mendengar kamu menangis pada awalnya itu. Papa tak menangis, tapi ngilu.

“Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap. Senang Dr nak buat kerja. Bak kata Dr Razak “..depan (sunat) sudah lepas, bawah (buang air besar) pun sudah lepas.. you’re a cool baby”.

“Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami!,” tulis Emir.

Di ruangan komen, ramai pengikut-pengikut mereka memberi ucapan ‘Alhamdulilah’ kerana sudah selamat bersunat dan turut memberi pandangan bahawa proses sunat cahaya mata semasa masih bayi adalah lebih mudah dan akan cepat sembuh.

Untuk rekod, Mira Filzah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu.

Written by: Salma


Previous post