Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Baby Shima Buat Warganet Mual, Ramai Kecam Aksi Gelek Dengan Pakaian Ketat

today11 September 2023

Background

Nama penyanyi sensasi, Baby Shima kembali panas apabila menjadi perhatian warganet ketika membuat persembahan di sebuah konsert baru-baru ini.

Terbaharu, Shima atau nama lengkapnya, Nor Ashima Ramli berkongsi semula sebuah rakaman video persembahannya ketika di konsert tersebut.

Menerusi video tersebut, Baby Shima tampil mengenakan pakaian yang cukup ketat sedang asyik menyanyi dan menari dengan beberapa penari dengan aksi cukup berani.

Menjengah ke ruangan balas perkongsian tersebut, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dengan mengecam penampilan pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu di konsert tersebut.

Lebih panas, ramai juga yang mengkritik pakaian Baby Shima kerana menyifatkan ia tidak sopan malah ada juga sedih melihat penampilan Baby Shima itu.

Tidak terhenti di situ, ramai yang turut mendoakan agar penyanyi ini segera bertaubat dan berpada-pada dalam membuat persembahan.

Tahun lalu, Baby Shima dihentam teruk apabila mempromosikan lagunya dengan menampilkan penari yang terdiri daripada tiga lelaki memakai pakaian dalam boxer.

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Baby Shima Promosi Lagu Guna Penari Pakai Seluar D*lam – β€œBoleh Kalahkan Penari Aliff Syukri Tak?”

ARTIKEL BERKAITAN:Β Baby Shima Jawab Isu Berpakaian Seksi – β€œSaya Tak Pernah Tayang L*rah Dada Tetapi Tetap Dimaki”

ARTIKEL BERKAITAN:Β Baby Shima Fail Saman Fitnah Terhadap PU Syed & Ketua Pemuda PAS Kuantan

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Baby Shima Tampil Sopan & Tutup Aurat Ketika Buat Persembahan Jadi Perhatian – β€œKan Elok Pakai Macam Ni”

Written by: Aqilah


Previous post