Hot FM

Baca dulu laporan sebelum tuduh ‘tangkap muat’, PAC beritahu Zahid


Mas Ermieyati meminta Zahid Hamidi membaca dahulu laporan berkenaan dan meneliti semua fakta dan maklumat sebelum membuat tuduhan terhadap PAC.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menepis tuduhan mengatakannya menerima laporan ‘tangkap muat’ berhubung penjualan bangunan komersial Semarak20 dikendalikan Felcra Berhad (Felcra).

Mengulas dakwaan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi itu, Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata laporan berkenaan disediakan dengan syor daripada kementerian dan agensi dipanggil pada prosiding termasuk pembentangan Felcra sendiri.

“PAC tidak ‘tangkap muat’ maklumat dilaporkan dalam laporan mengenai Felcra terutama sekali berhubung isu penjualan Menara Semarak20. Semua makumat dan fakta diperoleh PAC dalam laporan berkenaan adalah didapati daripada pembentangan Felcra sendiri.

“Sehubungan itu, PAC mahu semua pihak termasuk menteri kemajuan desa dan wilayah (Zahid) membaca dahulu laporan berkenaan dan meneliti semua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version